Kasi Betul Apa Yang Tak Betul

Ada Betul Kah?

Friday, November 27, 2009

Jiran Kita


Dua hari yang lalu saya terbaca berita mengenai seorang penghuni rumah pangsa di Johor Bahru yang membela ayam di tingkat bawah lalu mengundang banyak rungutan daripada jiran tetangga. Nasib baik dia bela ayam, bukan lintah atau cacing yang semakin popular dewasa ini!
Asasnya, ramai yang mementingkan diri sendiri dan terlupa bahawa mereka hidup di bandar dan mempunyai jiran yang tinggal di blok atau bumbung yang sama. Mereka berpendapat bahawa mereka mengamalkan cara hidup di kampong seperti yang digalakkan oleh sesetengah pihak. Jadi tidak hairanlah jika ramai yang ingin membela ayam, menanam pokok pisang (paling popular di taman perumahan), kelapa, cempedak, sukun (selalunya pokok-pokok ini ditanam di seberang jalan dan tidak di rumah sendiri!).
Pada pendapat saya, mereka sepatutnya membawa nilai-nilai masyarakat kampong ke bandar seperti semangat bergotong royong, melawat jiran yang sakit dan bukan membawa binatang peliharaan atau pokok-pokok kampung ke taman perumahan mereka di bandar. Ramai yang berpendapat bahawa menanam pokok yang ada hasil seperti pokok buah-buahan lebih baik daripada menanam pokok bunga atau pokok yang tidak berbuah. Tetapi mereka lupa bahawa semua pokok adalah ciptaan Tuhan dan ada gunanya, cuma manusia saja yang belum tahu akan kegunaannya. (Sekarang ini sudah ada ahli akademik kita yang membuat penyelidikan ke atas lalang.)
Kalau diikutkan cara mereka berfikir, nak juga saya tanam pokok kelapa sawit dan getah di laman rumah saya. Sudah tentu banyak hasilnya. Nak lagi kaya, tanam aje pokok kayu Jati!!

3 comments:

  1. tanam pokok ganja lagi kayo!! pakcik kayo!!

    ReplyDelete
  2. cerita ttg ayam ni,aku teringat sepupu aku yang tinggal di sebuah taman perumahan di jb.Dia sanggup membeli rumah teres dua tingkat semata2 utk ayam serama yg dibela.menggajikan pekerja utk mnjga kbrsihan rmh yg didiami aym seramanya.pelik! mmg pelik..

    ReplyDelete
  3. saya tahu....sepupu ni datang dari sebarang tambak kan?

    ReplyDelete