
Semalam semasa di kaunter pembayaran pasaraya Giant, ada orang S'pura ni yang tidak berkelakuan seperti orang S'pura yang saya kenali (termasuk Cina dan India). Dia buat silap kerana tidak menimbang sayurnya dahulu tetapi mula marah-marah dan mencampakkan sayurnya ke tepi seakan-akan juruwang yang bersalah.
Di pintu masuk pula ada dua buah kereta plat S'pura yang menghalang lalu lintas kerana menunggu ahli keluarga memindahkan barang dari troli. Masalahnya, apabila diberitahu baik-baik supaya ketepikan kereta mereka, mereka naik marah dan membalas "Tak boleh sabar ke?".
Berbeza sekali dengan orang S'pura yang saya kenali dulu. Mereka bersopan santun, mesra, tidak sombong (sesuai untuk dijadikan menantu) dan TAK banyak duit!!.
Tetapi sejak ekonomi mereka bertambah baik dan masing-masing bekerja dan berduit (serta matawang S'pura yang lebih tinggi) ramai yang telah berubah sikap.[
tetapi tidak semua]
Sebenarnya fenomena ini bukan saja berlaku kepada orang S'pura, bahkan turut berlaku kepada orang M'sia. Apabila orang dah mula senang, mereka akan berubah sikap. Mereka berpendapat bahawa wang mereka boleh beli apa saja dan sesiapa saja.
Tetapi jangan lupa hidup ini ada pasang surutnya dan ia bak putaran roda. Hari ini hari anda tetapi esok lusa belum tahu. Takpe, hero kalah dulu...
Tetapi masalahnya, hero ni asyik kalah je....