Raya lepas saya ke Jepun. Selalunya saya duduk diam-diam je kat Johor tapi kali ni saya nak beraya bersama anak yang kebetulan ada kat sana pada waktu itu. Apa yang nak saya kongsikan dalam siaran-siaran akan datang ialah perkara-perkara yang mengagumkan saya semasa di sana. Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah kulit orang Jepun licin-licin belaka. Muka mereka licin bak plastik! Sejurus selepas pasport saya diperiksa, saya pun ke tandasnya. Bersihnya...Bau harum, kering dan paling menarik, mangkuk tandasnya disediakan paip 'cebok' automatik. Rupa-rupanya semua tandas di Tokyo disediakan paip cebok auto. Tekan butang, duduk diam, air keluar dari bawah. Nak pattern apa, pilih saja. Pancut dari depan, pancut dari tengah, pancut serong...semua ada. Tangan keluar dari bawah je takde! Jadi saya pun beritahu anak saya, kalau nak bawak balik orang Jepun, ayah setuju sebab bukan muka dia orang saja licin, yang lain pun!!
Kasi Betul Apa Yang Tak Betul
Ada Betul Kah?
Sunday, September 21, 2014
Dah makin tua...
Posted on 12:11 AM by HaizatMus
Diam tak diam, dah bertahun tak tulis blog. Ahli keluarga pun dah bertambah. Semalam sepupu di KL lahirkan anak kedua. Sebelum ini sepupu di Johor dapat cucu kedua. Saya saja masih 'ber-anak' dua! Apa pun, keluarga semakin besar. Ini juga bermakna semakin ramai ahli keluarga yang tidak kenal antara satu sama lain. Nasib baik ada Facebook & majlis perkahwinan dll.. Dapat juga berkumpul dan bertanyakan khabar. Ingat nak syorkan supaya semua ahli keluarga pakai surname (nama keluarga) seperti kaum Cina, Inggeris, Arab dll. seperti Lim Ah Zat, Izaac Pitt dan Ezat Karoot Komedia!
Saturday, December 5, 2009
Musim orang kahwin
Posted on 5:00 AM by HaizatMus

Minggu ini saja ada 4 jemputan kahwin yang perlu saya hadiri. Nampaknya semakin lebat hujan, semakin rancak pasangan mengadakan majlis perkahwinan. Mungkin ada hubung kait antara hari hujan dengan hari perkahwinan. Masa Pak Lah berkahwin dengan (Tun) Jean dulu, KL hujan lebat semalaman. Agaknya, lagi besar pangkat seseorang itu lagi lebat hujan turun!! Nasib baik pada masa itu Kofi Anan tak kahwin. Kalau dia pun kahwin, tentu "snow" 7 hari 7 malam di Afrika!
Tuesday, December 1, 2009
Orang Singapura....
Posted on 7:52 PM by HaizatMus

Semalam semasa di kaunter pembayaran pasaraya Giant, ada orang S'pura ni yang tidak berkelakuan seperti orang S'pura yang saya kenali (termasuk Cina dan India). Dia buat silap kerana tidak menimbang sayurnya dahulu tetapi mula marah-marah dan mencampakkan sayurnya ke tepi seakan-akan juruwang yang bersalah.
Di pintu masuk pula ada dua buah kereta plat S'pura yang menghalang lalu lintas kerana menunggu ahli keluarga memindahkan barang dari troli. Masalahnya, apabila diberitahu baik-baik supaya ketepikan kereta mereka, mereka naik marah dan membalas "Tak boleh sabar ke?".
Berbeza sekali dengan orang S'pura yang saya kenali dulu. Mereka bersopan santun, mesra, tidak sombong (sesuai untuk dijadikan menantu) dan TAK banyak duit!!.
Tetapi sejak ekonomi mereka bertambah baik dan masing-masing bekerja dan berduit (serta matawang S'pura yang lebih tinggi) ramai yang telah berubah sikap.[tetapi tidak semua]
Sebenarnya fenomena ini bukan saja berlaku kepada orang S'pura, bahkan turut berlaku kepada orang M'sia. Apabila orang dah mula senang, mereka akan berubah sikap. Mereka berpendapat bahawa wang mereka boleh beli apa saja dan sesiapa saja.
Tetapi jangan lupa hidup ini ada pasang surutnya dan ia bak putaran roda. Hari ini hari anda tetapi esok lusa belum tahu. Takpe, hero kalah dulu...
Tetapi masalahnya, hero ni asyik kalah je....
Dia Bakar Lagi..!!
Posted on 6:07 PM by HaizatMus

Saya tinggal di estet perumahan lama dan ramai daripada penduduknya sudah pencen atau bersara. Berkebun dan bakar-membakar (sampah) menjadi hobi mereka.
Mereka berkebun di mana saja asalkan ada tanah lapang atau terbiar. Tak kira tanah jiran ke, tanah kerajaan ke, asalkan kosong, mereka tanam. Mereka menyahut seruan Pak Lah supaya berjasa kepada tanah. Pokok serai menjadi satu kemestian. Memanglah kita selalu pakai serai dalam masakan kita, terutama sekali apabila memasak rendang, tetapi kalau dah satu rumah menanam tiga hingga empat rumpun serai, nak masak rendang untuk satu taman ke?
Selepas berkebun pula, mereka akan menyapu dan melonggokkan daun-daun kering lalu membakarnya. Masalahnya angin selalu meniup ke arah rumah saya dan habis kain dan baju di ampaian terkena asap. Setiap hari baju yang baru dicuci akan berbau asap. Kalau nak ditegur mereka dah tua dan akan menjejas hubungan sesama jiran.
Nak sedapkan hati, saya selalu beritahu keluarga saya bahawa kita tinggal di kawasan perumahan Red Indian. Setiap kali ada berita penting, seperti kematian atau kenduri, mereka akan menghantar isyarat asap yang kecil kepada geng-geng mereka. Kalau isyarat asap yang dihantar itu tebal dan tinggi, bermakna ada berita panas tentang anak dara jiran tetangga. Kalau asap itu terlalu tebal dan tidak henti-henti, itu bermakna rumah mak cik dan pak cik tu kena bakar!!
Monday, November 30, 2009
Murah...murah
Posted on 7:07 PM by HaizatMus






Tiga insiden berlaku berturut-turut pada pagi ini yang membuat saya menulis artikel ini. Yang pertama pengalaman saya membersihkan kipas berjenama Jepun yang terkenal. Saya membelinya di salah sebuah kedai elektronik di pasar pembekal yang besar di JB. Di situ terdapat bermacam-macam jenama barangan elektronik, dan sebahagian besarnya datang dari negara Cina. Yang peliknya, harga yang dijual di sana lebih murah. Walaupun berasa ragu, saya tetap membeli sebuah kipas - tetapi buatan negara Jepun dan bukan negara Cina untuk 'play safe'. Masalahnya apabila saya ingin mencuci mata kipas tersebut, alangkah susahnya untuk menanggal dan memasang semula penutupnya. Terkial-kial hingga berpeluh dibuatnya. Berdasarkan pengalaman saya, kipas berjenama yang sama senang dibuka dan dipasang semula. Lalu saya pun berasa curiga akan ketulenan kipas tersebut. Untuk rekod, saya pernah membeli TV dari kedai yang sama dan dapat menggunakannya selama 1 bulan sahaja sebelum gambarnya padam buat selama-lamanya.
Insiden kedua pula melibatkan alat senaman berbentuk basikal. Baru dibeli 4 bulan yang lalu dan hanya digunakan selama dua bulan, kini sudah 'jammed' dan tidak boleh bergerak. Jenamanya berbunyi Jepun tetapi bukan dari negara Jepun. Timbul lagi perasaan curiga dan marah.
Yang terakhir pula mengenai jenama jam yang ingin saya beli daripada katalog. Sekali baca, sudah tentu kita akan keliru dengan jenama popular iaitu "Patek Philippe" tetapi yang ini lain sikit bunyinya - "...tak boleh disebut Philippe"
Pengajarannya: jangan cepat terpengaruh dengan harga murah. Nanti salah beli, kasut "adidas" jadi "adibas", baju dalam triumph jadi baju dalam (donald) "trump", baju "calvin klein" jadi baju "calvin kelain", seluar dalam "bum" (equipment) jadi seluar dalam "bom"!
Saturday, November 28, 2009
Bahasa Jiwa Bangsa
Posted on 8:16 PM by HaizatMus

Walaupun keputusan telah dibuat tetapi isu mengajar sains dan matematik dalam bahasa Malaysia masih hebat diperkatakan. Antara yang menarik perhatian saya adalah pendapat bahawa mengajar sains dan matematik dalam bahasa Malaysia akan membantu murid Melayu (terutama sekali di luar bandar) mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan.
Anehnya, markah murid Cina bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah (terutama sekali di sekolah bandar) secara umum lebih baik daripada murid Melayu. Jika kita menggunakan logik yang sama, patutkah Bahasa Malaysia diajar dalam bahasa Inggeris supaya murid Melayu di bandar boleh mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan?
Saya rasa isunya bukan bahasa tetapi lebih kepada sikap. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Jika orang dulu yang berasal dari kampung boleh berjaya mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kenapa tidak sekarang? Tun Dr Mahathir adalah contoh terbaik.
Teringat saya cerita tentang anak murid Cikgu Othman dari kampong yang memberi contoh perkataan Inggeris yang diketahuinya:- "sports rim, ste'reng wil dan gran' bal???". Kawan saya dari Terengganu pula bertanya "Your Air Kong Nok Openg" [your air cond. not open?? (on)] apabila bilik terlalu panas manakala kawan dari Kelantan pula paling suka menonton cerita "The May With The Golden Gae" (the man with the golden gun)!!.
Subscribe to:
Posts (Atom)

